Khamis, 28 Mei 2009

Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2009

Latar Belakang

  • NHMS III 2006 menunjukkan prevalen merokok di kalangan perokok dewasa ialah 21.5%.
  • Sungguhpun data ini menunjukkan penurunan 3.3% daripada NHMS II 1996 (24.8%), usaha kerajaan untuk menangani masalah merokok masih perlu dipergiatkan memandangkan tabiat ini menyumbang kepada beban penyakit di negara ini.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei setiap tahun.
  • Sambutan dibuat di peringkat kebangsaan dan negeri dengan pelbagai aktiviti kepada kumpulan sasar sepanjang minggu.

Tema Sambutan 2009

“ Amaran Kesihatan Bergambar” (Tobacco Health Warning)

  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelaksanaan amaran kesihatan bergambar yang merupakan antara usaha paling berkesan dalam menangani epidemik tembakau sedunia.
  • WHO menggariskan amaran kesihatan bergambar merangkumi lebih daripada separuh saiz kotak rokok, diletakkan di kedua-dua belah kotak serta disertai dengan gambar.
  • Saranan WHO ini bertepatan dengan usaha pihak KKM sendiri yang telah memulakan kempen amaran kesihatan bergambar sejak 1 Januari 2009 dan akan berkuat-kuasa sepenuhnya bermula 1 Jun 2009.


Kumpulan Sasar

  • Perokok
  • Bukan perokok
  • Orang awam
  • Persatuan Pengusaha Restoran
  • Persatuan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Agensi Kerajaa
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • IPT/Kolej

Objektif Sambutan

  • Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan perokok dan bukan perokok tentang ancaman kesihatan akibat tabiat merokok
  • Untuk menjelaskan kebenaran tentang bahaya merokok agar perokok dan bukan perokok tidak tertipu dengan helah syarikat-syarikat rokok yang cuba mempengaruhi mereka
  • Untuk mempromosikan khidmat berhenti merokok di kalangan perokok dan bukan perokok bagi menghentikan tabiat merokok.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.infosihat.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan