Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

BSMM Cabang UKM mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua Ahli dan Ahli-ahli akan meneruskan khidmat sukarela untuk membangunkan persatuan dan terus mencipta kejayaan dan kecemerlangan di tahun 2011.

Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC)

PPC akan diadakan pada 1/1/2011 jam 8.00 pagi di Dataran Gemilang dan 2/1/2011 di Dewan Anuwar Mahmud UKM. Kepada semua pasukan dari Detachment diucapkan selamat bertanding.

Jumaat, 24 Disember 2010

Selamat Menyambut Hari Krismas

Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia (BSMMCUKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua ahli dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.

Jawatankuasa Tertinggi BSMM cabang UKM

Kursus Kokurikulum Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Semester II Sesi 2010/2011

Selamat kembali ke UKM untuk meneruskan pengajian dan Selamat maju jaya dalam pengajian Semester II Sesi 2010/2011.

Dengan hormatnya dimaklumkanbahawa Pelaksanaan Kursus Kokurikulum telah diubahsuai semula oleh pihak Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) dan pengiktirafan kegiatan kokurikulum adalah berdasarkan kepada kegiatan/aktiviti pelajar. Kursus HP1111/HP1121/HG2011/HG2021 tidak ditawarkan pada Semester ini dan satu kursus baru akan ditawarkan oleh pihak PPP mulai semester ini.

Semua ahli BSMM Cabang UKM yang mengikuti kursus baru akan diminta menyediakan Kontrak Pembelajaran bagi setiap aktiviti yang diikuti bagi tujuan pengiktirafan. Bagi memudahkan dan membantu ahli BSMM, adalah dicadangkan supaya semua Ketua Pengarah Projek/Komandan Detachment/OC VAD dan OC LAT diminta menyediakan draf Kontrak Pembelajaran untuk semua projek bertujuan rujukan ahli BSMM.

Pengiktirafan berdasarkan kepada jumlah 40 jam penglibatan ahli dalam aktiviti BSMM yang disetarakan dengan 1 unit dan untuk melengkapkan 8 unit kokurikulum, ahli diperlukan melengkapkan 320 jam termasuk aktiviti mesyuarat, perbincangan, kerja-kerja teknikal dan juga menghadiri aktiviti. Contohnya Khemah Tahunan (KT), pelajar akan mengikuti selama 3 hari 2 malam bersamaan dengan 36 jam. AJK KT mungkin lebih 36 jam kerana terlibat dalam persiapan, mesyuarat dan sebagainya.

Aktiviti yang diwajibkan menyediakan Kontrak Pembelajaran :

Aktiviti Induk :
a. Perkhemah Tahunan (KT)
b. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
c. Minggu Menderma Darah (MMD)
d. Majlis Makan Malam & Penghargaan
e. Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC)
f. Pertandingan Keceriaan Bilik Rawatan (PKBR)
g. Latihan kawad
h. Latihan Pengosongan Bangunan
i. Kursus-kursus dan latihan

Aktiviti peringkat Detachment:
a. Minggu Pegenalan Kelab
b. Perjumpaan Bersama Pengetua
c. Mesyuarat Agung Tahunan Detachment
d. MajlisPenghargaan dan Pelantikan
e. Bertugas di Bilik Rawatan Detachment
f. Lain-lain aktiviti yang diluluskan oleh Pengetua; dan
g. Aktiviti anjuran JAKSA.

Aktiviti Khidmat Kemasyarakatan dan Kesihatan untuk program rasmi UKM:
a. Minggu Mesra Pelajar (MMP)
b. Majlis Konvokesyen UKM
c. Pesta Konvokesyen UKM
d. Kejohanan Sukan diperingkat UKM dan Kolej (SUKEM)
e. Program anjuran kolej/persatuan

Penganjuran aktiviti peringkat Cawangan Selangor
a. Bertugas semasa musim perayaan
b. Menghadiri aktiviti anjuran Cawangan atau Cabang lain.

Saya mohon semua pihak secara SUKARELA menyediakan KONTRAK PEMBELAJARAN dan saya mohon OCVAD, OC LAT, Komandan dan Ketua Pengarah Projek di Induk atau kolej diminta menyelaras dan menyediakan kontrak pembelajaran berasaskan aktiviti/projek untuk tujuan pengiktirafan. SAktiviti yang tiada kontrak pembelajaran tidak akan diiktiraf oleh PPP.


Zanudin Mohd Daud
Setiausaha Kehormat
BSMM Cabang UKM

Kempen Minggu Kesihatan Pergigian 2010

Pusat Kesihatan akan mengadakan Kempen Minggu Kesihatan Pergigian 2010 pada butiran seperti berikut:

Tarikh: 27 - 29 Disember 2010
Masa: 8.30pagi - 4.30ptg
Tempat: Pusat Kesihatan, UKM, Bangi

Pemeriksaan pergigian percuma kepada mahasiswa/siswi sahaja. Sertai juga peraduan-peraduan yang disediakan dan menangilah hadiah-hadiah yang menarik! Jangan ketinggalan!

"GIGI SIHAT SENYUMAN MENAWAN"


(ewarga/bul/bil.22122010-77)

Isnin, 13 Disember 2010

Mesyuarat Penyelarasan Thaipusan 2011

Mesyuarat Penyelarasan Thaipusam 2011 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 20/12/2010
Masa : 7.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat BSMM Cawangan Selangor

Pegawai Penjaga PBS Cabang UKM atau wakil dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Jumaat, 3 Disember 2010

Penghargaan & Terima Kasih


BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK dan semua pihak yang terlibat yang telah berjaya menganjurkan Kursus Bakar Jurulatih (KBJ) Sesi 2010/2011.

BSMM Cabang UKM

MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR

Merry Christmas and best wishes for a happy new year.

BSMM Cabang UKM

Isnin, 29 November 2010

Majlis Penghargaan Sukarelawan BSMM 2010

Majlis Penghargaan Sukarelawan 2010 BSMM Cawangan Selangor akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 5 Disember 2010
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Hotel Wenworth
Jalan Yew, Off Jalan Pudu
Kuala Lumpur
Pakaian : Uniform BSMM No. 2 (WAJIB)

Semua penerima anugerah yang dicalonkan oleh cabang perlu melaporkan diri kepada Encik K. Kanadason (Penolong Pengarah PBS) sebelum jam 9.30 pagi pada pagi tersebut.

Calon Cabang UKM
1. Detachment Tun Syed Nasir, BSMM Cabang UKM
2. Yeon Hui Yuan (komandan)- 891127-06-5234
3. Chua Weng Yee (PBS lelaki)- 880401-35-5063
4. Chan Wai Leng (PBS perempuan)- 880123-08-5736

Seramai 6 orang pemerhati dari setiap cabang ke majlis tersebut. Para pemerhati boleh memakai uniform BSMM yang lengkap (No. 2) atau Vest BSMM, bertali leher dan berseluar gelap. Para pemerhati perlu melapor diri kepada urusetia majlis tepat jam 10.00 pagi.

Sekiranya tuan/puan memerlukan keterangan lanjut mengenai majlis ini, sila hubungi Encik K. Kanadason (Penolong Pengarah PBS) di talian 019-3203446.

Setiausaha Kehormat
BSMM Cawanngan Selangor

Selasa, 16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Kepada semua ahli BSMM Cabang UKM yang beragama Islam, pihak BSMM Cabang UKM ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Daripada

Pengerusi & AJK Tertinggi
BSMM Cabang UKM

Pameran Hari Diabetes Sedunia

Dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan UKM, akan menganjurkan 'Pameran Hari Diabetes Sedunia' seperti berikut:

Tarikh: 14 - 21 November 2010
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Ruang Legar, Pusat Kesihatan,UKM, Bangi

Semua Ahli BSMM Cabang UKM dijemput hadir.

Jumaat, 5 November 2010

Pengurus Pengurusan Bencana IPK



Encik Nasir Khan Abdul Rahman
Pengurus Pengurusan Bencana
Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM)

Email nasirkhan0758@hotmail.com

Mobile phone 129158242


Rabu, 27 Oktober 2010

Minggu Menderma Darah BSMMCUKM



BSMM Cabang UKM telah berjaya menganjurkan :

MMD1 anjuran Detachment 88E telah berjaya mendapat 502 penderma
MMD2 anjuran Detachment H dan B telah berjaya mendapat 208 penderma
MMD3 anjuran Detachment C telah berjaya mendapat 167 penderma

Syabas dan Tahniah

LATIHAN SIMULASI

Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Selangor akan mengadakan Latihan Simulasi dengan beberapa agensi kerajaan pada 12-14 November 2010 di Morib, Selangor.

Penubuhan Pasukan RDS BSMM Cawangan Selangor

Penubuhan Pasukan RDS ini adalah untuk melatih ahli-ahli PBS agar dapat bertindak semasa berlakunya sebarang bencana.Penubuhan Pasukan RDS ini adalah untuk melatih ahli-ahli PBS agar dapat bertindak semasa berlakunya sebarang bencana.

Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama tuan/puan supaya mencalonkan 5 orang ahli PBS yang berminat dan komitet. Borang pencalonan yang lengkap perlu sampai ke Cawangan Selangor sebelum 1 November 2010.

Diharap perkara ini akan mendapat perhatian dan tindakan tuan/puan. Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,

N. MURUGAN
Setiausaha Kehormat
BSMM Cawangan Selangor

LOGO BSMMCUKM

LOGO BSMMCUKM

Jumaat, 15 Oktober 2010

Mesyuarat Reaksi Kecemasan BSMM Cawangan Selangor

Mesyuarat Reaksi Kecemasan seperti berikut :-

Tarikh : 23/10/2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
BSMM Cawangan Selangor

Pengerusi JK Reaksi Kecemasan dan Penyelaras Reaksi Kecemasan dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 14 Oktober 2010

KURSUS BAKAL JURULATIH

Tarikh KURSUS BAKAL JURULATIH telah bertukar kepada 19 hingga 22 Novermber 2010. Maklumat lanjutan, sila rujuk kepada KETUA UTAMA SEKSYEN Detachment masing-masing. Sekian dimaklumkan.

Pegawai Penjaga Latihan
BSMM Cabang UKM

Rabu, 22 September 2010

Minggu Menderma Darah



Time 28 September at 09:00 - 30 September at 17:00

Location Dataran 3F201,FSSK

Created by: BSMM Detachment 88B

More info This Blood Donation is hosted by BSMM Det 88B (Kolej Aminuddin Baki) & Det 88H (Kolej Keris Mas). Your Supports are the Humans Appreciation~ ^^

Khamis, 5 Ogos 2010

Tahniah kepada BSMM Detachment 88E

Jawatankuasa Tertinggi BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada BSMM Detachment 88E kerana telah berjaya menganjurkan Minggu Menderma Darah pada 26-30 Julai 2001 dan berjaya mengumput sebanyak 504 penderma. Tahniah

Sabtu, 10 Julai 2010

Selamat Datang Ke UKM & Ucapan Tahniah

Pengerusi dan AJK BSMM Cabang UKM mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru dan tahniah kerana telah diterima masuk ke UKM. Pelajar yang berminat menjadi ahli BSMM diminta berhubung dengan Komandan Detachmen masing-masing.

Selasa, 8 Jun 2010

Tahniah Pelantikan Semula Pengerusi BSMM Cawangan Selangor


Pengerusi dan AJK BSMM Cabang UKM mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah di atas pelantikan Puan Fatimah Sulaiman sebagai Pengerusi BSMM Cawangan Selangor bagi Tahun 2010/2011.

Syabas dan tahniah.

Selasa, 4 Mei 2010

PERKHEMAHAN SUKARELAWAN & BELIA BSMM PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

Perkhemahan tersebut akan diadakan pada 10-15 Jun 2010 di Kem Tengo, Pekan, Pahang anjuran IPK. Bayaran RM 100.00 seorang. BSMM Cabang UKM telah diminta mencalonkan 10 peserta PBS.

Ahli yang berminat sila hubungan saya untuk dapatkan borang permohonan.

Sekian

Zanudin Mohd Daud

Isnin, 12 April 2010

Selamat Maju Jaya

Jawatankuasa Tertinggi BSMM Cabang UKM mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam menghadapi Peperiksaan Akhir Semester II sesi Akademik 2010/2011.

Salam Hormat

Setiausaha Kehormat
BSMM Cabang UKM

Rabu, 17 Mac 2010

Majlis Pelancaran Facebook


Tahniah kepada BSMM Cabang UKM kerana telah melancarkan Facebook pada 14 Mac 2010. Penghargaan dan terima kasih kepada Dr Roslan Abdul Jalil, Pengerusi BSMM Cabang UKM yang telah menyempurnakan pelancaran tersebut.

Isnin, 15 Mac 2010

Mesyuarat Agung BSMM Kali Ke-23


Jawatankuasa Tertinggi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada AJK Sesi 2009/2010 dan tahniah kepada AJK yang baru dilantik.

Selamat Maju Jaya & Selamat Bertugas

Jumaat, 5 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina 2010


BSMM Cabang UKM mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada ahli BSMM yang merayakan sambutan tersebut.

Ahad, 31 Januari 2010



BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli yang telah bertugas sepanjang perayaan Thaipusam pada 29-31 Januari 2010 di Batu Caves. Khidmat sukarela demi kemanusiaan.

Selasa, 26 Januari 2010

Anugerah Sukarelawan BSMM Cabang UKM

Semua Detacment diminta mengemukakan senarai ahli sukarelawan yang telah banyak menyumbangkah khidmat bakti kepada persatuan dan detachment amnya. Setiap detachment diminta mengemukakan 5 calon kepada saya dengan kadar segera.

Kriteria pemilihan :
1. Ahli BSMM Cabang UKM
2. Memberikan khidmat sukarela melebihi 20 hingga 30 jam setahun
3. Meningkatkan nama dan citra BSMM
4. Mendapat sokongan Komandan Detachment

Sijil akan diberikan kepada ahli yang berjaya dalam Majlis Jasa Mu Dikenang.

Sekian, dimaklumkan.

Isnin, 25 Januari 2010

PEMILIHAN PESERTA PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS KEBANGSAAN 2010

BSMM Cawangan Selangor akan mengadakan pemilihan peserta PPCK 2010 seperti berikut :

Tarikh : 31 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat BSMM Cawangan Selangor.

Ahli-ahli BSMM Cabang UKM yang berminat sila berhubung dengan Pegawai Pejaga Latihan BSMM Cabang UKM.

Sekian, dimaklumkan.

Zanudin Mohd Daud
Setiausaha Kehormat

Ahad, 24 Januari 2010

Sukarelawan Pertolongan Cemas


Semua Ahli BSMM C UKM, Selamat bertugas sebagai Sukarelawan Pertolongan Cemas sempena Larian 1 Malaysia Peringkat UKM pada 24 Januari 2010 jam 7.30 pagi di lokasi yang telah ditetapkan

Satu Lagi Projek BSMM Cabang UKM

Jumaat, 22 Januari 2010

PUSAT SUMBER TRANSPLAN NASIONAL

Hospital Kuala Lumpur
Jalang Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel 03-2694-2704/2705
Fax 03-26156269

u.p : Encik Saufan Zakuan Salleh

Pusat ini amat menghargai atas sokongan dan minat yang ditunjukkan dalam mempromosikan kempen kesedaran pendermaan organ dan tisu. program pemindahan organ dan tisu untuk menyelamatkan nyawa pesakit di negara ini tidak akan menjadi kenyataan walaupun terdapat kemudahan penjagaan kesihatan yang terbaik.

KEMPEN KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN DAN TISU

BSMM Cabang 88W Kolej Tun Syed Nasir akan mengadakan kempen tersebut seperti berikut :

Tarikh : 25 Februri 2010
Masa : 10.00 pagi - 3.oo petang
Tempat : UKM Kampus Kuala Lumpur

Tarikh : 27-28 Februri 2010
Masa : 10.00 pagi - 3.oo petang
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Semua ahli BSMM Cabang UKM dijemput menghadiri majlis tersebut.

Sekian, dimaklumkan.

Selasa, 19 Januari 2010

Bertugas Semasa Larian 1 Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia


Semua Pelajar HP1123 Asas Bulan Sabit Merah Malaysia II (Set 2) dan HG 2021 Kursus Lanjutan Bulan Sabit Merah Malaysia II (Set 1) diwajibkan bertugas pada 24 Januari 2009 (Ahad)jam 7.30 pagi dan kehadiran akan diambil kira sebahagian penilaian akhir.

Semua pelajar diminta berkumpul di atas pentas, Dataran Gemilan (DG) jam 7.30 pagi untuk diagihkan di sekitar laluan larian tersebut. Kedatangan akan diambil pada pagi tersebut.

Sekian, dimaklumkan.

Zanudin Mohd Daud
tenaga Pengajar HP1123 & HG2021

Bertugas Semasa Upacara Thaipusan 2010

Ahli BSMM Cabang UKM yang berminat untuk bertugas semasa Upacara Thaipusam 2010 pada 29 - 31 Januari 2010 di Perkarangan Batu Cave diminta berhubung dengan Encik Thevaraj a/l Nadeson, penyelaras Tugas Thaipusam 2010 di talian 016-3890829.

Sekian, dimaklumkan.

Zanudin Mohd Daud
Setiausaha Kehormat BSMM Cabang UKM

Isnin, 11 Januari 2010

Khemah Tahunan BSMM Cabang UKM Ke-19 Sesi 2009/2010


Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan KT BSMMCUKM Ke-19 di Hutan Pendidikan Alam UKM yang telah kerakhir dengan berjaya. Penghargaan dan terima kasih kepada pihak Tuan Nasir Khan, Pengurus Bencana Alam, IPK yang telah mengendalikan ceramah dan latihan Operasi Bencana Alam dan Operasi Menyelamat (BBOM).