Rabu, 27 Mei 2009

Pekeliling PPP Bil 3/2009 - Permohonan Kebenaran Bagi Persatuan/Kelab Pelajar UKM

Dimaklumkan bahawa segala aktiviti pelajar hanya boleh dijalankan di atas kebenaran PPP.Ini melibatkan semua program di dalam dan di luar kampus, walaupun tidak memerlukan peruntukan kewangan PPP.Ia termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.Semua permohonan perlu dilakukan mengikut prosuder dan format kertas kerja yang ditetapkan PPP.Kelulusan daripada PPP penting supaya penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut dapat diukur dalam Sistem Kompetensi Generik Pelajar (SPKG). Oleh yang demikian, diharap saudara/i dapat mengambil tindakan sewajarnya semasa menganjurkan aktiviti.Kertas kerja perlu dihantar kepada PPP untuk mendapat kelulusan (surat hijau), termasuk aktiviti detachment yang mendapat peruntukan kolej.Laporan Aktiviti dan Penyata Kewangan perlu dihantar kepada PPP selepas program, termasuk aktiviti detachment yang mendapat peruntukan kolej.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan