Jumaat, 29 Mei 2009

Kempen "Vote Sipadan"

Pulau Sipadan di Semporna, Sabah telah tersenarai sebagai salah satu calon untuk New 7 Wonders Foundation (Switzerland) di bawah kategori pulau. Pulau Sipadan bersaing dengan 29 calon yang lain di dalam kategori ini. Bagi melayakan Pulau Sipadan ke peringkat seterusnya, Pualau Sipadan perlu berada di 11 tangga teratas dan kini berada di kedudukan ke-14.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah melalui Lembaga Pelancongan Sabah kini giat mengadakan kempen "Vote Sipadan" bagi mendapatkan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia melalaui undian internet di http://www.votesipadan.com/ atau http://www.new7wonders.com/ agar Pulau Sipadan berjaya memasuki pusingan yang seterusnya. Tempoh undian akan berakhir pada 7 Julai 2009.

Khamis, 28 Mei 2009

Pameran Minggu Tanpa Tembakau Kebangsaan

Dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan, UKM akan menganjurkan Pameran Minggu Tanpa Tembakau Kebangsaan

Tarikh: 31 Mei - 6 Jun 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Ruang Legar, Pusat Kesihatan, UKM Bangi

Semua warga UKM dijemput hadir.

Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2009

Latar Belakang

  • NHMS III 2006 menunjukkan prevalen merokok di kalangan perokok dewasa ialah 21.5%.
  • Sungguhpun data ini menunjukkan penurunan 3.3% daripada NHMS II 1996 (24.8%), usaha kerajaan untuk menangani masalah merokok masih perlu dipergiatkan memandangkan tabiat ini menyumbang kepada beban penyakit di negara ini.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei setiap tahun.
  • Sambutan dibuat di peringkat kebangsaan dan negeri dengan pelbagai aktiviti kepada kumpulan sasar sepanjang minggu.

Tema Sambutan 2009

“ Amaran Kesihatan Bergambar” (Tobacco Health Warning)

  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelaksanaan amaran kesihatan bergambar yang merupakan antara usaha paling berkesan dalam menangani epidemik tembakau sedunia.
  • WHO menggariskan amaran kesihatan bergambar merangkumi lebih daripada separuh saiz kotak rokok, diletakkan di kedua-dua belah kotak serta disertai dengan gambar.
  • Saranan WHO ini bertepatan dengan usaha pihak KKM sendiri yang telah memulakan kempen amaran kesihatan bergambar sejak 1 Januari 2009 dan akan berkuat-kuasa sepenuhnya bermula 1 Jun 2009.


Kumpulan Sasar

  • Perokok
  • Bukan perokok
  • Orang awam
  • Persatuan Pengusaha Restoran
  • Persatuan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Agensi Kerajaa
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • IPT/Kolej

Objektif Sambutan

  • Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan perokok dan bukan perokok tentang ancaman kesihatan akibat tabiat merokok
  • Untuk menjelaskan kebenaran tentang bahaya merokok agar perokok dan bukan perokok tidak tertipu dengan helah syarikat-syarikat rokok yang cuba mempengaruhi mereka
  • Untuk mempromosikan khidmat berhenti merokok di kalangan perokok dan bukan perokok bagi menghentikan tabiat merokok.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.infosihat.gov.my/

Rabu, 27 Mei 2009

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI BSMM CABANG UKM Tahun 2009-2010

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi BSMM Cabang UKM Tahun 2009-2010.

Dr Roslan Abdul Jalil
Pengerusi

Encik Zameri Ramli
Naib Pengerusi I

Encik Ravichandran a/l Vengadasamy
Naib Pengerusi II

Encik Zanudin Mohd Daud
Setiausaha Kehormat

Cik Jumriah Nururung
Bendahari Kehormat

Encik Mohamed Isa Muhamad Said
Kuartermaster Kehormat

Dr. Mohamed Jowhar @ Than Maung Chit
Pegawai Perubatan

Encik Hasmadi Hassan
Penguasa Jururawat

Encik Saipulizam Abd. Ghani
Pengerusi Perhubungan & Penerangan

Encik Shah Johan Shahabudin
Pengerusi Latihan & Tenaga Manusia

Encik Mazalan Ishak
Pengerusi Keahlian & Alumni

Encik Zilani Jais
Pengerusi Reaksi Kecemasan

Encik Mohamed Isa Muhamad Said
Pemangku Pengerusi Kemasyarakatan & Derma

Cik Amy Po Ai Ling
Pengerusi UUKA

Encik Aizam Abu Bakar
Pengerusi Rancangan Darah

Encik Lim Peng Lun
Pegawai Penjaga

Cik Leong Yen Ling
Pegawai Penjaga Latihan

Cik Nur Hazwani Azahari
Penolong Setiausaha Kehormat I

Cik Wan Nur Anis Shabudin
Penolong Setiausaha Kehormat II

Pekeliling PPP Bil 3/2009 - Permohonan Kebenaran Bagi Persatuan/Kelab Pelajar UKM

Dimaklumkan bahawa segala aktiviti pelajar hanya boleh dijalankan di atas kebenaran PPP.Ini melibatkan semua program di dalam dan di luar kampus, walaupun tidak memerlukan peruntukan kewangan PPP.Ia termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.Semua permohonan perlu dilakukan mengikut prosuder dan format kertas kerja yang ditetapkan PPP.Kelulusan daripada PPP penting supaya penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut dapat diukur dalam Sistem Kompetensi Generik Pelajar (SPKG). Oleh yang demikian, diharap saudara/i dapat mengambil tindakan sewajarnya semasa menganjurkan aktiviti.Kertas kerja perlu dihantar kepada PPP untuk mendapat kelulusan (surat hijau), termasuk aktiviti detachment yang mendapat peruntukan kolej.Laporan Aktiviti dan Penyata Kewangan perlu dihantar kepada PPP selepas program, termasuk aktiviti detachment yang mendapat peruntukan kolej.

Kurus Perubatan Pemudahcara BSMM

Seramai 70 ahli BSMM akan terlibat sebagai Pemudahcara bagi Minggu Mesra pelajar Sesi 2009/2010 yang akan berlangsung dari 28 Jun hingga 4 Julai 2009. Satu Kursus akan diadakan untuk pemudahcara BSMM supaya mereka lebih bersedia sepanjang minggu tersebut. Kursus akan dijalankan pada 24 Jun 2009 (Rabu) jam 2.00 - 6.00 petang di Auditorium Siswa, Pusanika, UKM.