Selasa, 4 Oktober 2011

Penghargaan & Terima Kasih

BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Pemudahcara Pertolongan Cemasa yang terlibat semasa Bulan Mesra Pelajar Baru Sesi 2011/2012.

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai salah satu agensi penerima Hadiah Penghargaan dalam membantu Program Pendermaan Organ di Malaysia dan hadiah penghargaan ini akan disampaikan oleh YB Menteri Kesihatan pada 16 Oktober 2011 jam 9.00 pagi di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia

Isnin, 13 Jun 2011

ANUGERAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA TAHUN 2010

Tahniah kepada penerima beriku :

Encik Zanudin Mohd Daud - Pingat Jasa Terpuji
Cik Ng Su Ling - Sijil Kepujian
Cik Amy Poh Ai Ling - Sijil Kepujian
Encik Mohamad Najmi Zahari - Sijil Kepujian

Pingat dan sijil akan disampaikan dalam satu majlis yang akan diadakan nanti.

BSMM Cabang UKM

Sabtu, 16 April 2011

ALUMNI BSMM CABANG UKM

Saudara/i yang dimuliakan. BSMM CABANG UKM menjemput semua ahli BSMM Cabang UKM yang telah menamatkan pengajian di UKM mendaftar sebagai ALUMNI BSMM CABANG UKM di Facebook. Sekian, kerjasama saudara/i diucapkan ribuan terima kasih. ZANUDIN MOHD DAUD Setiausaha Kehormat BSMM Cabang UKM

Ahad, 6 Mac 2011

Minggu Menderma Darah

Pertandingan Kuiz Inter-Detachment Pendidikan Palang Merah & UUKA



Tahniah diucapkan kepada Pasukan Detachment 88H Kolej Keris Mas telah JOHAN dalam pertandingan tersebut pada 6 Mac 2011 di DTMAS UKM

Majlis Malam Penghargaan dan Jasamu Dikenang Ke-24

Jawatankuasa Bendahari akan menganjurkan sebuah program seperti berikut:

Program : Majlis Malam Penghargaan dan Jasamu Dikenang Ke-24
Tarikh : 17 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : BGR Restaurant, Bangi Golf Resort.
No. Kel. JPPel : 14444

Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran mengikut detachment masing-masing melalui Komandan masing-masing.

Jawatankuasa BSMM CUKM Det. 88D Sesi 2011/2012

Komandan : Tan Lieu Chew
Penolong Komandan : Foo Lee Min
Kuartermaster : Tey Yee Shee
Ketua Utama Seksyen (KUS) : Lee Chin Vui
Ketua Seksyen 1 (KS 1) : Or Soo Ching
Ketua Seksyen 2 (KS 2) : Nurul Arifah Binti Abdullah
Penolong Ketua Seksyen (Alumni) : Cheong Kai Heng
Penolong Ketua Seksyen (Khidmat Masyarakat) : Law Huang KhangPenolong Ketua Seksyen (Kecemasan) : Kenny Ng Yun ChingPenolong Ketua Seksyen (Teknikal) : Foong Jia MinPenolong Ketua Seksyen (UUKA) : Tan Eng HooPenolong Ketua Seksyen (Bilik Rawatan) : Teuku Khairul Rizal Bin Teuku Jafar

Khamis, 10 Februari 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Detachment 88H

Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 9 Februari 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Konvensyen, Kolej Keris Mas
Pakaian : T-shirt BSMM, seluar panjang dan kasut bertutup


Kehadiran adalah DIWAJIBKAN.

Ahli BSMM Tahun 1 diminta untuk membawa Kad Aktiviti pelajar untuk mendapatkan pengesahan aktiviti telah dijalankan.

Sekian, terima kasih.

Komandan
BSMM Detachment 88H

Isnin, 31 Januari 2011


Pengerusi dan AJK Tertinggi mengucapkan Selamat Tahun Baru (新年快乐) kepada semua Ahli BSMM Cabang UKM yang merayakan sambutan tersebut.

Gong xi fa cai/恭喜發財/ 恭喜发财/

Sabtu, 22 Januari 2011

Penghargaan & Terima Kasih


Pengerusi dan AJK Tertinggi BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli BSMM Cabang UKM yang telah bertugas semasa Perayaan Thaipusam pada 20 Januari 2010 di Batu Caves.

Selasa, 18 Januari 2011

Tahniah



BSMM Cabang UKM mengucapkan tahniah Encik Zanudin Mohd. Daud, Setiausaha Kehormat BSMM Cabang UKM di atas penganugerahaan Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) di Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan Darul Khusus 2011 sempena hari keputeraan ke-63 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Rabu, 12 Januari 2011

Bengkel Pertolongan Cemas Masyarakat (BPCM)


Tempat : Foyer KIY
Tarikh : 18 Januar1 2011
Masa : 20:30
Anjuran : BSMM Detachment 88E


Isnin, 3 Januari 2011

Penghargaan & Tahniah

Taklimat Perlaksanaan Ko-Kurikulum Berasaskan Kontrak Pembelajaran

SEMUA AHLI BSMM CABANG UKM

Satu Taklimat Perlaksanaan Ko-Kurikulum Berasaskan Kontrak Pembelajaran yang akan diadakan seperti butiran berikut :


Tarikh : 8 Januari 2011 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : DECTAR

Ahli : Semua Pelajar Tahun 1 Kampus Bangi dan Pelajar Tahun 2 yang belum lengkap kokurikulum


Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan perlaksanaan ko-kurikulum berkredit berasaskan Kontrak Pembelajaran. Semua pelajar tahun 1 diWAJIBkan hadir.

Taklimat/perjumpaan ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa - Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan basri

Terima kasih