Selasa, 30 Jun 2009

Kaunter H1N1 Semasa Pendaftaran Pelajar Baru





Pihak BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli BSMM yang bertugas di Kaunter H1N1 semasa pendaftaran pelajar baru pada 28 Jun 2009 di semua Kolej Kediaman pelajar.

Jumaat, 26 Jun 2009

Ucapan Tahniah

Warga BSMM Cabang UKM mengucapkan tahniah kepada pelajar baru yang telah berjaya dan menerima tawaran kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2009/2010.

Tahniah diucapkan.

Rabu, 24 Jun 2009

SELSEMA BABI INFLUENZA A(H1N1)


Ahli BSMM Cabang UKM dinasihatkan agar sentiasa mengikuti
perkembangan situasi semasa penyakit ini dan mendapatkan maklumat
yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web
Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan pengumuman
KKM melalui media dari semasa ke semasa.

Isnin, 22 Jun 2009

T-Shirt BSMM


Spesifikasi T-Shirt BSMM yang telah diluluskan oleh NEB bertarikh 13 Ogos 2008.

Jumaat, 19 Jun 2009

Ucapan Tahniah


Mesyuarat Agung Cawangan Selangor 2008 yang diadakan pada 31 Mei 2009 telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Cawangan Selangor. Cik Amy Poh Ai Ling, Pengerusi Jawatankuasa UUKA BSMM Cabang UKM telah dilantik menggangotai jawatankuasa tersebut mulai 1 Jun 2009.

Tahniah diucapkan kepada Cik Amy Poh Ai Ling semoga berbakti dan menjana idea-idea bernas semi kemajuan Cawangan Selangor.

Khamis, 18 Jun 2009

SEMINAR UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA


Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) BSMM Cabang UKM akan menganjurkan Seminar UUKA yang bertemakan " Satu Suara Ke Arah Kemanusiaan" pada 16 Ogos 2009 di DK43-101, KTAM (Kompleks Tun Abdul Mohamad Salleh.

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi :

Pejabat Urusan,
Bulan Sabit Merah Malaysia,
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Encik Mohd Assyariff bin Mohamad – 0179389657)

Program Lawatan ke Hospital Bahagia dan Rumah Seri Kenang, Tanjong Rambutan Perak

BSMM Cabang UKM akan menganjurkan Program Lawatan ke Hospital Bahagia dan Rumah Seri Kenang, Tanjong Rambutan Perak pada 13 November 2009 adalah bertujuan untuk memupuk sifat kasih sayang terhadap pesakit mental dan orang-orang tua di kalangan ahli-ahli BSMM UKM. Tema lawatan adalah“ Dengan Kasih, Tanpa Kesunyian”.

Dengan itu, Mohon pandangan ahli mengenai cadangan tersebut.Sebarang maklumat lanjut, penerangan dan pertanyaan, sila hubungi:

Ketua Pengarah : Tan Shu Zhen
Tel : 017-3842568
Email : tsz312.su@gmail.com

Selasa, 9 Jun 2009

International Summer Camp Turkey 2009

Bulan Sabit Merah Turki akan mengadakan International Summer Camp 2009 seperti berikut :

Tarikh : 12 – 23 Julai 2009
Tampat : Mudanya – Bursa, Turki.

Ahli BSMM yang berminat dan menepati kelayakan seperti berikut :-

(a) Ahli BSMM di IPTA/IPTS
(b) Umur tidak melebihi 25 tahun.
(c) Mampu menanggung tambang kapal terbang sebanyak RM2,700 – RM3,000
(d) Aktif dalam aktiviti BSMM.
(e) Berminat dan berdisplin.

Pencalonan hendaklah dibuat ke pejabat BSMM Cawangan Selangor sebelum 12 Jun 2009. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Encik N. MURUGAN, Setiausaha Kehormat.

Pakaian Seragam BSMM - Baju Korporat



Spesifikasi Baju Korporat BSMM yang telah diluluskan oleh NEB bertarikh 13 Ogos 2008.

Isnin, 8 Jun 2009

Youth Challenge 2009 - Red Cross Youth-Making A Difference

Persekutuan Antarabangsa Palang Merah (IFRC) dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan menganjurkan pertandingan "SEA YOUTH CHALLENGE - RED CROSS YOUTH - MAKING a DIFFERENCE". Pertandingan ini memerlukan para peserta menghasilkan persembahan video selama 5-7 minit mengenai aktiviti belia yang bertemakan kemanusiaan. Semua karya Cabang hendaklah dikemukakan kepada Cawangan Selangor sebelum 31 Julai 2009.

Sebarang khidmat nasihat atau bantuan teknikal, sila hubungi En N Murugan (Setiusaha kehormat) 019-5565854.

Selasa, 2 Jun 2009

Kursus Pertolongan Cemas Bersama Masyarakat (KPCM)

BSMM Detachment Kolej Ibrahim Yaakob (88C)UKM akan mengadakan kursus seperti berikut :

Tarikh : 9 Julai 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Foyer KIY
Tema : "Everyone can be a First Aider"

Terbuka untuk ahli BSMM sahaja.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan Saudara Khoong Jiunn Jye, Ketua Pengarah di talian 016-4757445.

Isnin, 1 Jun 2009

Program Lawatan ke Hospital Bahagia dan Rumah Seri Kenang

BSMM Cabang UKM akan mengadakan program Lawatan ke Hospital Bahagia dan Rumah Seri Kenang, Tanjong Rambutan Perak pada 13 November 2009 adalah untuk memupuk sifat kasih sayang terhadap pesakit mental dan orang-orang tua di kalangan ahli-ahli BSMM UKM. Tema “ Dengan Kasih, Tanpa Kesunyian”.

Sebarang maklumat lanjut, penerangan dan pertanyaan, sila hubungi:

Ketua Pengarah : Tan Shu Zhen
Tel : 017-3842568
Email : tsz312.su@gmail.com

Hari Susu Sedunia

Pada 1 Jun setiap tahun adalah Hari Susu Sedunia yang meraikan kebaikan susu dan kepentingan sumber makanan tersebut. Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu mula menyambut hari tersebut pada tahun 2001. Kini, kebanyakkan negara telah mula mengiktiraf hari tersebut dan diraikan pada setiap tahun.