Rabu, 25 November 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Pihak Jawatankuasa Tertinggi BSMM Cabang UKM mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada ahli BSMM Cabang UKM yang beragama Islam.

Isnin, 23 November 2009

PENGHARGAAN KEMPEN DERMA DARAH


Jawatankuasa Tertinggi BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjatakan kempen tersebut pada 12-15 Oktober 2009 dan berjaya mengumpul sebanyak 278 unit darah.

Syabas dan tahniah.

Rabu, 18 November 2009

KURSUS BAKAL JURULATIH BSMM CABANG UKM

Jawatankuasa Latihan & Tenaga Manusia BSMM Cabang UKM akan menganjurkan Kursus Bakal Jurulatih Sesi Akademik 2009-2010 seperti berikut :

Tarikh : 17-23 November 2009
Tempat : DK G111 FST

Kursus ini terbuka kepada semua bakal jurulatih BSMM Cabang UKM.

Segala pertanyaan sila berhubung dengan

Encik Lim Kar Keng
Pengarah Program
Jawatankuasa Latihan & Tenaga Manusia BSMM Cabang UKM
HP - 017 7716308

KURSUS BANTUAN HIDUP ASAS (BHA)

BSMM Detachment 88E Kolej Ibrahim Yaakob akan mengadakan kursus tersebut seperti berikut :

Tarikh : 6-7 Februari 2009
Tempat : Belum tentu
Tema : "One Knoweledge, One Power, One BSMM, One UKM"

Peperiksaan Kursus BHA akan diadakan selepas ceramah dan praktikal kursus tersebut.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Cik Chan Wai Leng
Ketua Pengarah Kursus BHA
HP - 017 5982846

Jumaat, 13 November 2009

Hari Fisioterapi Sedunia 2009

Dimaklumkan bahawa Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM akan menganjurkan Hari Fisioterapi Sedunia 2009 seperti berikut:

Tarikh: 19 - 20 November 2009
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Lobi Utama, Pusat Perubatan UKM

Aktiviti : Pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan (BMI, waist circumference, ujian kecergasan paru-paru & jantung, kaunseling postur & senaman).

Pusat Perubatan UKM

Rabu, 11 November 2009

Majlis Makan Malam - "RC Nite 2009" BSMM CABANG KLANG

Dengan sukacitanya di maklumkan bahawa Bulan Sabit Merah, Chapter Klang akan mengadakan Majlis Makan Malam - "RC Nite 2009" pada hari Sabtu bersamaan 19hb Disember 2009, bertempat di SJK (C) Kong Hoe Klang dengan tujuan mengutip derma/kewangan demi bangunan Bulan Sabit Merah yang baru. [Bangunan lama telah musnah dalam suatu kebakaran pada bulan April 2008].

Premis baru akan menjadi pusat Bulan Sabit Merah, Chapter Klang untuk menjalankan segala aktiviti kami termasuk kursus-kursus Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Ambulans 24 jam, Persediaan Bencana dan Perkhidmataan Kemanusiaan.

Sumbangan Tuan/Puan dalam bentuk wang tunai/cek, atau iklan dalam majalah amat dihargai. Derma Tuan/Puan akan kami balas dengan resit pengecualian cukai di bawah Seksyen 44 (6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sekian, terima kasih

Bulan Sabit Merah, Chapter Klang


The Klang Chapter of the Malaysian Red Crescent is organising a fund raising dinner "RC Nite 2009" on Saturday - 19th December 2009 at SJK (C) Kong Hoe, Klang with the aim of raising funds for a new building for the Red Crescent in Klang. [The old building was destroyed in a fire in April 2008].

A new building/center is necessary to focus on several activities including First Aid courses, 24 Hour Ambulance Services, Disaster Preparedness, Humanitarian Activities, Blood Donation and Youth Development.

Your sincere contribution towards our cause in the form of cash/cheque donations or advertisements in our souvenir programmer will be appreciated. The Klang Chapter of The Malaysian Red Crescent will issue tax exempted receipts under section 44 (6), Income Tax Act 1967.

Thank you.

Bulan Sabit Merah, Chapter Klang

SELAMAT BERCUTI

Pengurusan BSMM Cabang UKM mengucapkan Selamat Bercuti Semester I Sesi 2009-2010 kepada semua ahli BSMM yang telah selamat menduduki peperiksaan akhir.

Selamat Bercuti