Jumaat, 29 Mei 2009

Kempen "Vote Sipadan"

Pulau Sipadan di Semporna, Sabah telah tersenarai sebagai salah satu calon untuk New 7 Wonders Foundation (Switzerland) di bawah kategori pulau. Pulau Sipadan bersaing dengan 29 calon yang lain di dalam kategori ini. Bagi melayakan Pulau Sipadan ke peringkat seterusnya, Pualau Sipadan perlu berada di 11 tangga teratas dan kini berada di kedudukan ke-14.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah melalui Lembaga Pelancongan Sabah kini giat mengadakan kempen "Vote Sipadan" bagi mendapatkan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia melalaui undian internet di http://www.votesipadan.com/ atau http://www.new7wonders.com/ agar Pulau Sipadan berjaya memasuki pusingan yang seterusnya. Tempoh undian akan berakhir pada 7 Julai 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan