Isnin, 17 Ogos 2009

Sejarah Undang-undang Kemanusian Antarabangsa BSMM Cabang UKM


Amy Poh Ai Ling's Photos - SPPK UUKA (IHL Seminar)


Jawatankuasa UUKA BSMM Cabang UKM (BSMMCUKM)ditubuhkan pada tahun 2008. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa(UUKA) ataupun Bahasa Inggerisnya International Humanitarian Law (IHL) adalah bertujuan untuk melindungi individu, termasuk orang awam dan mereka yang tidak terlibat atau tidak lagi terlibat dalam konflik bersenjata.

UUKA yang melindungi manusia daripada akibat peperangan adalah penting bagi kita semua. Namun demikian, undang-undang ini tidak diketahui ramai seperti bilakah ianya boleh digunakan dan apakah langkah-langkah perlindungan yang boleh diberikan. Memahami UUKA merupakan langkah pertama ke arah memastikan undang-undang ini dihormati oleh mereka yang terlibat dalam konflik. Berasas matlamat ingin memperkenalkan UUKA kepada ahli BSMMCUKM, maka terlahirlah idea untuk menjalankan program ini.

Seminar UUKA dianjurkan pertama kali oleh BSMMCUKM pada 16 Ogos 2009 di Kampus Induk UKM adalah bertujuan untuk memperkenal dan menjadikan kandungan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa difahami oleh semua ahli BSMMCUKM selain mengetahui Sejarah dan Pendidikan Bulan Sabit Merah sedunia, kursusnya di Malaysia.

Piala Pusingan Cik Amy Poh Ai Ling untuk Kuiz UUKA Inter-Detachment diperkenalkan pada tahun ini yang telah disumbangkan oleh Penyelaras UUKA BSMMCUKM untuk memupuk semangat kerjasama serta kekitaan antara detachment dalam aturcara Kuiz yang telah diadakan.

Penghargaan dan terima kasih kepada Cik Amy Poh Ai Ling yang telah menyumbangkan piala tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan