Khamis, 10 Februari 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Detachment 88H

Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 9 Februari 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Konvensyen, Kolej Keris Mas
Pakaian : T-shirt BSMM, seluar panjang dan kasut bertutup


Kehadiran adalah DIWAJIBKAN.

Ahli BSMM Tahun 1 diminta untuk membawa Kad Aktiviti pelajar untuk mendapatkan pengesahan aktiviti telah dijalankan.

Sekian, terima kasih.

Komandan
BSMM Detachment 88H

Isnin, 31 Januari 2011


Pengerusi dan AJK Tertinggi mengucapkan Selamat Tahun Baru (新年快乐) kepada semua Ahli BSMM Cabang UKM yang merayakan sambutan tersebut.

Gong xi fa cai/恭喜發財/ 恭喜发财/

Sabtu, 22 Januari 2011

Penghargaan & Terima Kasih


Pengerusi dan AJK Tertinggi BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli BSMM Cabang UKM yang telah bertugas semasa Perayaan Thaipusam pada 20 Januari 2010 di Batu Caves.

Selasa, 18 Januari 2011

Tahniah



BSMM Cabang UKM mengucapkan tahniah Encik Zanudin Mohd. Daud, Setiausaha Kehormat BSMM Cabang UKM di atas penganugerahaan Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) di Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan Darul Khusus 2011 sempena hari keputeraan ke-63 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus