Jumaat, 31 Julai 2009

Larian Kemanusiaan 2009


Ahli-ahli yang berminat dikehendaki memakai pakaian larian yang kreatif dan berkumpul di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur sebelum jam 7.00 pagi. Bayaran Pendaftaran sebanyak RM 10.00 perlu dijelaskan di kaunter pendaftaran sebelum larian bermula.

http://redcrescent.org.my/drupal/

MRC Youth on HIV/AIDS

We are pleased to announce that there will be an event coming up for MRC Youth on HIV / AIDS. Details as per below :

Event : MRC Youth on HIV / AIDS
Date : 14th ~ 16th August, 2009
Venue : Genting Highlands
Transport : Gather in IPK on 14th at 8am morning (IPK Transport)
Participant : 2 members from each Chapter
Fee : Free

For those who are interested in participating in this event, please feel free to contact the undersigned at any time.

Sincerely,
Amy Poh
MRC Chapter UKM
012-4193038

Khamis, 30 Julai 2009

PROGRAM PEMANTAPAN ILMU PERTOLONGAN CEMAS

BSMM Detachment 88H Kolej Keris Mas akan mengadakan program tersebut pada 9 Ogos 2009di Dewan Besar Kolej Keris Mas dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) KKM bertemakan "First Aiders, Hopes For All".

Sebarang pertanyaan sila hubungi,
Tan Shuk Ling
Ketua Pengarah

h.p 017-3291218

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BSMM INDUK CABANG UKM BAGI KALI KE-3 SESI AKADEMIK 2009/2010

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa BSMM bagi kali pertama Sesi Akademik 2009/2010 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 04 Ogos 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan
Pakaian : Uniform No.9

Semua AJK Induk dan Komantan Detachment dijemput menghadiri mesyuarat ini.

“Berkhidmat Demi Kemanusian”

Tan Shu Zhen
Setiausaha
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi Akademik 2009/2010

Ucapan Tahniah


Tahniah diucapkan kepada BSMM Detachment 88E BSMM Cabang UKM yang telah mengadakan kursus tersebut pada 9 Julai 2009 di Pusat Kemudahan, Kolej Ibrahim Yaakob.

Syabas dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat.

Rabu, 29 Julai 2009

Pengurusan Jangkitan Influenza A (H1N1) di UKM

Pengurusan Jangkitan Influenza A (H1N1) di UKM Memasuki Fasa Mitigasi (Peredaan)Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Golongan berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1):
1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
3. Kanak-kanak dan remaja (<18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
4. Wanita mengandung
5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovaskular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuskular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
6. Dewasa dan kanak-kanak yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan lain

Kaedah menangani jangkitan:
1. Tenangkan diri dan jangan panik
2. Jaga kebersihan diri, kurangkan hubungan sosial yang tidak perlu
3. Pergi ke Pusat Kesihatan terdekat jika mempunyai simtom berikut:

A. Gangguan pernafasan: susah bernafas, kelihatan nafas laju@kebiruan@ungu di bibir mulut
B. Batuk berdarah@ kahak bercampur darah
C. Sakit dada
D. Cirit-birit dan /@ muntah
E. Demam lebih 3 Hari@ berulang selepas 3 Hari
F. Berkelakuan ganjil, dalam keadaan keliru, sawan
G. Pening kepala apabila sedang berdiri dan/@ kurang kencing

4. Sekiranya anda sakit/demam, anda dinasihatkan tidak bergaul dengan orang lain dan ikut nasihat doktor.

Untuk maklumat lanjut layari http://h1n1.moh.gov.my/FaktaH1N1.php

PANDUAN ANGGARAN PERBELANJAAN 2010 BSMM CAWANGAN SELANGOR