Rabu, 1 Julai 2009

Kursus HHHG2011 Kursus Lanjutan Bulan Sabit Merah Malaysia I

Kursus ini merupakan kursus lanjutan dari mana-mana program yang ditawarkan oleh Pusat Perkembangan Pelajar (Bahagian Kokurikulum) sama ada kesenian, Khidmat Masyarakat, Badan Beruniform atau Sukan. Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi semua Kemahiran Generik (KG) seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan melalui penglibatan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM.

Nama Pensyarah : Encik Zanudin Mohd Daud, Jurulatih Kanan (JLK 0057) BSMM
Set Kursus : Set 1 (Bangi)
Tempat : Dewan Kuliah 3F-301 FSSK
Masa : 11.00 - 12.00 tgh

Selasa, 30 Jun 2009

Kaunter H1N1 Semasa Pendaftaran Pelajar Baru





Pihak BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli BSMM yang bertugas di Kaunter H1N1 semasa pendaftaran pelajar baru pada 28 Jun 2009 di semua Kolej Kediaman pelajar.

Jumaat, 26 Jun 2009

Ucapan Tahniah

Warga BSMM Cabang UKM mengucapkan tahniah kepada pelajar baru yang telah berjaya dan menerima tawaran kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2009/2010.

Tahniah diucapkan.

Rabu, 24 Jun 2009

SELSEMA BABI INFLUENZA A(H1N1)


Ahli BSMM Cabang UKM dinasihatkan agar sentiasa mengikuti
perkembangan situasi semasa penyakit ini dan mendapatkan maklumat
yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web
Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan pengumuman
KKM melalui media dari semasa ke semasa.

Isnin, 22 Jun 2009

T-Shirt BSMM


Spesifikasi T-Shirt BSMM yang telah diluluskan oleh NEB bertarikh 13 Ogos 2008.

Jumaat, 19 Jun 2009

Ucapan Tahniah


Mesyuarat Agung Cawangan Selangor 2008 yang diadakan pada 31 Mei 2009 telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Cawangan Selangor. Cik Amy Poh Ai Ling, Pengerusi Jawatankuasa UUKA BSMM Cabang UKM telah dilantik menggangotai jawatankuasa tersebut mulai 1 Jun 2009.

Tahniah diucapkan kepada Cik Amy Poh Ai Ling semoga berbakti dan menjana idea-idea bernas semi kemajuan Cawangan Selangor.

Khamis, 18 Jun 2009

SEMINAR UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA


Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) BSMM Cabang UKM akan menganjurkan Seminar UUKA yang bertemakan " Satu Suara Ke Arah Kemanusiaan" pada 16 Ogos 2009 di DK43-101, KTAM (Kompleks Tun Abdul Mohamad Salleh.

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi :

Pejabat Urusan,
Bulan Sabit Merah Malaysia,
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Encik Mohd Assyariff bin Mohamad – 0179389657)