BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli yang telah bertugas sepanjang perayaan Thaipusam pada 29-31 Januari 2010 di Batu Caves. Khidmat sukarela demi kemanusiaan.
Semua Detacment diminta mengemukakan senarai ahli sukarelawan yang telah banyak menyumbangkah khidmat bakti kepada persatuan dan detachment amnya. Setiap detachment diminta mengemukakan 5 calon kepada saya dengan kadar segera.
Kriteria pemilihan : 1. Ahli BSMM Cabang UKM 2. Memberikan khidmat sukarela melebihi 20 hingga 30 jam setahun 3. Meningkatkan nama dan citra BSMM 4. Mendapat sokongan Komandan Detachment
Sijil akan diberikan kepada ahli yang berjaya dalam Majlis Jasa Mu Dikenang.
Semua Ahli BSMM C UKM, Selamat bertugas sebagai Sukarelawan Pertolongan Cemas sempena Larian 1 Malaysia Peringkat UKM pada 24 Januari 2010 jam 7.30 pagi di lokasi yang telah ditetapkan
Hospital Kuala Lumpur Jalang Pahang 50586 Kuala Lumpur Tel 03-2694-2704/2705 Fax 03-26156269
u.p : Encik Saufan Zakuan Salleh
Pusat ini amat menghargai atas sokongan dan minat yang ditunjukkan dalam mempromosikan kempen kesedaran pendermaan organ dan tisu. program pemindahan organ dan tisu untuk menyelamatkan nyawa pesakit di negara ini tidak akan menjadi kenyataan walaupun terdapat kemudahan penjagaan kesihatan yang terbaik.
Semua Pelajar HP1123 Asas Bulan Sabit Merah Malaysia II (Set 2) dan HG 2021 Kursus Lanjutan Bulan Sabit Merah Malaysia II (Set 1) diwajibkan bertugas pada 24 Januari 2009 (Ahad)jam 7.30 pagi dan kehadiran akan diambil kira sebahagian penilaian akhir.
Semua pelajar diminta berkumpul di atas pentas, Dataran Gemilan (DG) jam 7.30 pagi untuk diagihkan di sekitar laluan larian tersebut. Kedatangan akan diambil pada pagi tersebut.
Ahli BSMM Cabang UKM yang berminat untuk bertugas semasa Upacara Thaipusam 2010 pada 29 - 31 Januari 2010 di Perkarangan Batu Cave diminta berhubung dengan Encik Thevaraj a/l Nadeson, penyelaras Tugas Thaipusam 2010 di talian 016-3890829.
Sekian, dimaklumkan.
Zanudin Mohd Daud Setiausaha Kehormat BSMM Cabang UKM
Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan KT BSMMCUKM Ke-19 di Hutan Pendidikan Alam UKM yang telah kerakhir dengan berjaya. Penghargaan dan terima kasih kepada pihak Tuan Nasir Khan, Pengurus Bencana Alam, IPK yang telah mengendalikan ceramah dan latihan Operasi Bencana Alam dan Operasi Menyelamat (BBOM).
BSMM Cabang UKM telah ditubuhkan pada 14 Januari 1986 dan dilancarkan dengan rasminya pada 13 September 1986 atas semangat peri kemanusiaan dan untuk memberi khidmat sukarela kepada mereka yang memerlukan.
Bibit-bibit kecemerlangan telah mula nampak apabila pengiktirafan sebagai Daerah Kecil (DK) pada tanggal 19 Jun 1988. Bermula dari sini dengan pertukaran nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kecil Universiti Kebangsaan Malaysia (PBSMM DK UKM), maka ia terus menuju ke arah kegemilangan dan kecemerlangan berbanding dengan persatuan-persatuan lain di UKM.
Pada tahun 1996, PBSMM DK UKM telah diiktiraf sebagai Cabang dan dikenali sebagai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM. Jawatankuasa Tertinggi tertinggi diketuai oleh Pengerusi dan 18 AJK lain mengikut portfolio. Pasukan Bantuan Sukarela diketuai oleh Pegawai Penjaga (OCVAD) dan dibantu oleh AJK Pentadbiran Induk.
Pada tahun 2004, PBSMM Cabang UKM telah mendapat kelulusan pendaftaran Detachment (88) oleh pihak Ibu Pejabat Kebangsaan dan Cawangan Selangor. Detachment Dato’ Onn (88A), Aminuddin Baki (88B), Ungku Omar (88C), Burhanuddin Helmi (88D), Ibrahim Yaakob (88E), Rahim Kajai (88F), Ibu Zain (88G), Keris Mas (88H), Pendeta Za'ba (L) Tun Syed Nasir (88W) & Tun Dr Ismail (88W) dan Tun Hussein Onn (88Z) diketuai oleh Komandan dan dibantu oleh Penolong Komandan, Kuartermaster dan Ketua Utama Seksyen.
Penjenamaan semula PBSMM Cabang UKM kepada BSMM Cabang UKM pada tahun 2007 selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis BSMM Ke-116 pada 25 Mac 2007.
BSMM Cabang UKM telah memenangi Anugerah Projek Mahasiswa Cemerlang semasa Majlis Sarjana Berstari Ke-3 UKM pada tahun 2008 di atas kejayaan penganjuran Projek Minggu Menderma Darah.
Cetusan idea Encik Zanudin Mohd. Daud, Setiausaha Kehormat untuk menubuhkan Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) di UKM telah diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2008.
Tahun 2012, BSMM Cabang UKM telah mendaftarkan Pasukan Belia BSMM Pusat Pematapintar Negara sebagai satu unit di bawah Cabang. Pasukan baru ini akan terus memberi bantuan dan perkhidmatan pertolongan cemas kepada masyarakat.
Dr. Roslan Abd. Jalil, Ketua Pusat Kesihatan UKM adalah Pengerusi BSMM Cabang UKM mulai 2 Mac 2008 hingga sekarang.