Isnin, 5 November 2012

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2012

BSMM Cabang UKM mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh ahli BSMM yang beragama Hindu dan mengharapkan perayaan ini akan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan yang ada. Jawatankuasa Tertinggi BSMM Cabang UKM mendoakan agar perayaan ini disambut meriah dalam semangat kekeluargaan yang akan memberikan cahaya kebahagiaan kepada semua agar kita lebih cemerlang dan mencapai kesejahteraan, kesentosaan dan keharmonian selamanya,

Jawatankuasa Tertinggi BSMM Cabang UKM

Kursus Persijilan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa & Kursus Persijilan Palang Merah & Bulan Sabit Merah Malaysia

Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Selangor akan menganjurkan kurssus tersebutpada ketetapan seperti berikut :-


Tarikh : 2 Disember 2012
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi – 3.00 petang
Tempat : akan dimaklumkan kemudian
Pakaian : T Shirt BSMM dan seluar gelap

Setiap cabang digalakkan menghantar 2 orang peserta dari setiap cabang. Semua borang pendaftaran yang lengkap perlu sampai ke Cawangan Selangor sebelum 20 November 2012.

Sekian, dimaklumkan.

Jumaat, 2 November 2012

Kursus Pertolongan Cemas Lanjutan (Bukan Ulangkaji)


Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Selangor dengan kerjasama BSMM Cabang MMU akan menganjurkan “Kursus Pertolongan Cemas Lanjutan (Bukan Ulangkaji)” pada ketetapan seperti berikut :-

            Tarikh            :           17, 18 & 25 November 2012
            Hari                :           Sabtu & Ahad
Masa              :           9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat          :           MMU Cyberjaya
Pakaian          :           T Shirt BSMM dan seluar gelap
Bayaran         :           RM10.00 (bahan kursus)    
           
Setiap cabang digalakkan menghantar 5 orang peserta dari setiap cabang.  Semua borang pendaftaran yang lengkap perlu sampai ke Cawangan Selangor sebelum 12 November 2012.

Sekian, dimaklumkan.

Kursus Persijilan Pengurusan Dan Pentadbiran


Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Selangor akan menganjurkan Kursus Persijilan Pengurusan dan Pentadbiran pada ketetapan seperti berikut :-

            Tarikh            :           24 November 2012
            Hari                :           Sabtu
            Masa              :           8.00 pagi – 5.00 petang
            Tempat          :           BSMM Cawangan Selangor
            Pakaian          :           T- Shirt BSMM dan seluar gelap
            Bayaran         :           RM20.00 ( makanan dan minuman disediakan)

Setiap cabang digalakkan menghantar 5 orang peserta dari setiap cabang. semua borang penyertaan yang lengkap perlu sampai di Cawangan Selangor sebelum 21 November 2012.

Sekian, dimaklumkan.

Khamis, 1 November 2012

Ucapan Tahniah

BSMM Cabang UKM telah dianugerahkan Sijil Penghargaan di atas kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan Kempen Derma Darah Sepanjang Tahun 2012.