Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

BSMM Cabang UKM mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua Ahli dan Ahli-ahli akan meneruskan khidmat sukarela untuk membangunkan persatuan dan terus mencipta kejayaan dan kecemerlangan di tahun 2011.

Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC)

PPC akan diadakan pada 1/1/2011 jam 8.00 pagi di Dataran Gemilang dan 2/1/2011 di Dewan Anuwar Mahmud UKM. Kepada semua pasukan dari Detachment diucapkan selamat bertanding.

Jumaat, 24 Disember 2010

Selamat Menyambut Hari Krismas

Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia (BSMMCUKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua ahli dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.

Jawatankuasa Tertinggi BSMM cabang UKM

Kursus Kokurikulum Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Semester II Sesi 2010/2011

Selamat kembali ke UKM untuk meneruskan pengajian dan Selamat maju jaya dalam pengajian Semester II Sesi 2010/2011.

Dengan hormatnya dimaklumkanbahawa Pelaksanaan Kursus Kokurikulum telah diubahsuai semula oleh pihak Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) dan pengiktirafan kegiatan kokurikulum adalah berdasarkan kepada kegiatan/aktiviti pelajar. Kursus HP1111/HP1121/HG2011/HG2021 tidak ditawarkan pada Semester ini dan satu kursus baru akan ditawarkan oleh pihak PPP mulai semester ini.

Semua ahli BSMM Cabang UKM yang mengikuti kursus baru akan diminta menyediakan Kontrak Pembelajaran bagi setiap aktiviti yang diikuti bagi tujuan pengiktirafan. Bagi memudahkan dan membantu ahli BSMM, adalah dicadangkan supaya semua Ketua Pengarah Projek/Komandan Detachment/OC VAD dan OC LAT diminta menyediakan draf Kontrak Pembelajaran untuk semua projek bertujuan rujukan ahli BSMM.

Pengiktirafan berdasarkan kepada jumlah 40 jam penglibatan ahli dalam aktiviti BSMM yang disetarakan dengan 1 unit dan untuk melengkapkan 8 unit kokurikulum, ahli diperlukan melengkapkan 320 jam termasuk aktiviti mesyuarat, perbincangan, kerja-kerja teknikal dan juga menghadiri aktiviti. Contohnya Khemah Tahunan (KT), pelajar akan mengikuti selama 3 hari 2 malam bersamaan dengan 36 jam. AJK KT mungkin lebih 36 jam kerana terlibat dalam persiapan, mesyuarat dan sebagainya.

Aktiviti yang diwajibkan menyediakan Kontrak Pembelajaran :

Aktiviti Induk :
a. Perkhemah Tahunan (KT)
b. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
c. Minggu Menderma Darah (MMD)
d. Majlis Makan Malam & Penghargaan
e. Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC)
f. Pertandingan Keceriaan Bilik Rawatan (PKBR)
g. Latihan kawad
h. Latihan Pengosongan Bangunan
i. Kursus-kursus dan latihan

Aktiviti peringkat Detachment:
a. Minggu Pegenalan Kelab
b. Perjumpaan Bersama Pengetua
c. Mesyuarat Agung Tahunan Detachment
d. MajlisPenghargaan dan Pelantikan
e. Bertugas di Bilik Rawatan Detachment
f. Lain-lain aktiviti yang diluluskan oleh Pengetua; dan
g. Aktiviti anjuran JAKSA.

Aktiviti Khidmat Kemasyarakatan dan Kesihatan untuk program rasmi UKM:
a. Minggu Mesra Pelajar (MMP)
b. Majlis Konvokesyen UKM
c. Pesta Konvokesyen UKM
d. Kejohanan Sukan diperingkat UKM dan Kolej (SUKEM)
e. Program anjuran kolej/persatuan

Penganjuran aktiviti peringkat Cawangan Selangor
a. Bertugas semasa musim perayaan
b. Menghadiri aktiviti anjuran Cawangan atau Cabang lain.

Saya mohon semua pihak secara SUKARELA menyediakan KONTRAK PEMBELAJARAN dan saya mohon OCVAD, OC LAT, Komandan dan Ketua Pengarah Projek di Induk atau kolej diminta menyelaras dan menyediakan kontrak pembelajaran berasaskan aktiviti/projek untuk tujuan pengiktirafan. SAktiviti yang tiada kontrak pembelajaran tidak akan diiktiraf oleh PPP.


Zanudin Mohd Daud
Setiausaha Kehormat
BSMM Cabang UKM

Kempen Minggu Kesihatan Pergigian 2010

Pusat Kesihatan akan mengadakan Kempen Minggu Kesihatan Pergigian 2010 pada butiran seperti berikut:

Tarikh: 27 - 29 Disember 2010
Masa: 8.30pagi - 4.30ptg
Tempat: Pusat Kesihatan, UKM, Bangi

Pemeriksaan pergigian percuma kepada mahasiswa/siswi sahaja. Sertai juga peraduan-peraduan yang disediakan dan menangilah hadiah-hadiah yang menarik! Jangan ketinggalan!

"GIGI SIHAT SENYUMAN MENAWAN"


(ewarga/bul/bil.22122010-77)

Isnin, 13 Disember 2010

Mesyuarat Penyelarasan Thaipusan 2011

Mesyuarat Penyelarasan Thaipusam 2011 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 20/12/2010
Masa : 7.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat BSMM Cawangan Selangor

Pegawai Penjaga PBS Cabang UKM atau wakil dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Jumaat, 3 Disember 2010

Penghargaan & Terima Kasih


BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK dan semua pihak yang terlibat yang telah berjaya menganjurkan Kursus Bakar Jurulatih (KBJ) Sesi 2010/2011.

BSMM Cabang UKM

MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR

Merry Christmas and best wishes for a happy new year.

BSMM Cabang UKM