Ahad, 31 Januari 2010



BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli yang telah bertugas sepanjang perayaan Thaipusam pada 29-31 Januari 2010 di Batu Caves. Khidmat sukarela demi kemanusiaan.

Selasa, 26 Januari 2010

Anugerah Sukarelawan BSMM Cabang UKM

Semua Detacment diminta mengemukakan senarai ahli sukarelawan yang telah banyak menyumbangkah khidmat bakti kepada persatuan dan detachment amnya. Setiap detachment diminta mengemukakan 5 calon kepada saya dengan kadar segera.

Kriteria pemilihan :
1. Ahli BSMM Cabang UKM
2. Memberikan khidmat sukarela melebihi 20 hingga 30 jam setahun
3. Meningkatkan nama dan citra BSMM
4. Mendapat sokongan Komandan Detachment

Sijil akan diberikan kepada ahli yang berjaya dalam Majlis Jasa Mu Dikenang.

Sekian, dimaklumkan.

Isnin, 25 Januari 2010

PEMILIHAN PESERTA PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS KEBANGSAAN 2010

BSMM Cawangan Selangor akan mengadakan pemilihan peserta PPCK 2010 seperti berikut :

Tarikh : 31 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat BSMM Cawangan Selangor.

Ahli-ahli BSMM Cabang UKM yang berminat sila berhubung dengan Pegawai Pejaga Latihan BSMM Cabang UKM.

Sekian, dimaklumkan.

Zanudin Mohd Daud
Setiausaha Kehormat

Ahad, 24 Januari 2010

Sukarelawan Pertolongan Cemas


Semua Ahli BSMM C UKM, Selamat bertugas sebagai Sukarelawan Pertolongan Cemas sempena Larian 1 Malaysia Peringkat UKM pada 24 Januari 2010 jam 7.30 pagi di lokasi yang telah ditetapkan

Satu Lagi Projek BSMM Cabang UKM

Jumaat, 22 Januari 2010

PUSAT SUMBER TRANSPLAN NASIONAL

Hospital Kuala Lumpur
Jalang Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel 03-2694-2704/2705
Fax 03-26156269

u.p : Encik Saufan Zakuan Salleh

Pusat ini amat menghargai atas sokongan dan minat yang ditunjukkan dalam mempromosikan kempen kesedaran pendermaan organ dan tisu. program pemindahan organ dan tisu untuk menyelamatkan nyawa pesakit di negara ini tidak akan menjadi kenyataan walaupun terdapat kemudahan penjagaan kesihatan yang terbaik.

KEMPEN KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN DAN TISU

BSMM Cabang 88W Kolej Tun Syed Nasir akan mengadakan kempen tersebut seperti berikut :

Tarikh : 25 Februri 2010
Masa : 10.00 pagi - 3.oo petang
Tempat : UKM Kampus Kuala Lumpur

Tarikh : 27-28 Februri 2010
Masa : 10.00 pagi - 3.oo petang
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Semua ahli BSMM Cabang UKM dijemput menghadiri majlis tersebut.

Sekian, dimaklumkan.

Selasa, 19 Januari 2010

Bertugas Semasa Larian 1 Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia


Semua Pelajar HP1123 Asas Bulan Sabit Merah Malaysia II (Set 2) dan HG 2021 Kursus Lanjutan Bulan Sabit Merah Malaysia II (Set 1) diwajibkan bertugas pada 24 Januari 2009 (Ahad)jam 7.30 pagi dan kehadiran akan diambil kira sebahagian penilaian akhir.

Semua pelajar diminta berkumpul di atas pentas, Dataran Gemilan (DG) jam 7.30 pagi untuk diagihkan di sekitar laluan larian tersebut. Kedatangan akan diambil pada pagi tersebut.

Sekian, dimaklumkan.

Zanudin Mohd Daud
tenaga Pengajar HP1123 & HG2021

Bertugas Semasa Upacara Thaipusan 2010

Ahli BSMM Cabang UKM yang berminat untuk bertugas semasa Upacara Thaipusam 2010 pada 29 - 31 Januari 2010 di Perkarangan Batu Cave diminta berhubung dengan Encik Thevaraj a/l Nadeson, penyelaras Tugas Thaipusam 2010 di talian 016-3890829.

Sekian, dimaklumkan.

Zanudin Mohd Daud
Setiausaha Kehormat BSMM Cabang UKM

Isnin, 11 Januari 2010

Khemah Tahunan BSMM Cabang UKM Ke-19 Sesi 2009/2010


Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan KT BSMMCUKM Ke-19 di Hutan Pendidikan Alam UKM yang telah kerakhir dengan berjaya. Penghargaan dan terima kasih kepada pihak Tuan Nasir Khan, Pengurus Bencana Alam, IPK yang telah mengendalikan ceramah dan latihan Operasi Bencana Alam dan Operasi Menyelamat (BBOM).