Ahad, 30 Ogos 2009

PENGUMUMAN PELAJAR HHHP1113

Kuliah HP1113 Asas Buln Sabit Merah Malaysia I Set 2 dibatalkan pada 5 September 2009 kerana saya ke KIAST Kota Bharu untuk memberikan kuliah HP1111.

Sekian dimaklumkan

PENGUMUMAN PELAJAR HHHG2011

Kuliah 7 HG2011 Kursus Lanjutan BSMM 1 Set 1 akan diadakan pada 12 September 2009 jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang di DK3F-301 FSSK. Kuliah pada 5/9/2009 dibatalkan kerana saya ke KIAST Kota Bharu untuk memberikan kuliah HP1111.

Sekian dimaklumkan.

Isnin, 24 Ogos 2009

Majlis Perbarisan Tahunan & Majlis Pentauliahan Sesi 2009/2010


Ahli Jawatankuasa Tertinggi mengucapkan pengahraan kepada AJK dan semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut pada 23 Ogos 2009 jam 9.00 pagi di KTAMS, UKM Bangi.

Ucapan tahniah kepada AJK Induk dan Detachment yang baru menerima Tauliah Pelantikan dan diucapkan selamat menjalankan tugas.

Penghargaan juga kepada Tuan Nasir Khan, pengurus Bencana IPK yang telah menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'Sukarelawan BSMM".


"Together For Humanity"

Rabu, 19 Ogos 2009

Majlis Malam Penghargaan Dan Jasamu Dikenang BSMM Cabang UKM Sesi 2009/2010

Majlis tersebut akan diadakan pada 5 Mac 2010 jam 8.00 malam di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Tema "Lend A Difference, Build A Hope". Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Pengerusi BSMM Cawangan Selangor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

Cik Leong Soon Yeng
Ketua Pengarah Majlis Makan Malam
BSMM Cabang UKM
H/P 0164595693

Khemah Tahunan BSMM Cabang UKM Sesi 2009/2010

Khemah Tahunan BSM Cabang UKM akan diadakan pada 8 - 10 Januari 2010 di FRIM, Kepong. Mohon maklum balas ahli mengenai pengisian program, aktiviti dan tapak perkhemahan tersebut.

Kerjasama saudara/i diucapkan ribuan terima kasih.

Penghargaan Kempen Derma Darah

Kenali Mantan OCVAD & Alumni BSMM


Saudara Lim Keng Boon telah menjawat sebagai Pemangku OCVAD pada Sesi Akademik 2006/2007 dan memegang jawatan Kuartermaster pada masa yang sama. Sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan dalam BSMM Cabang UKM amat bermakna dan sumbangan terbesar memantapkan pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Detachment/Kolej.

Biodata Alumni BSMM Cabang UKM:
Nama :Lim Keng Boon
Alamat Surat Menyurat :50, Jalan BJ 19, Taman Bertam Jaya,75250 Melaka
Telefon : 06-3122093(Rumah) dan 012 -3050840 (H/P)
Kelulusan Akademik:Ijazah Sarjanamuda(Kepujian) Kejuruteraan Mikroelektronik
E-mail :thomaslim1985@yahoo.com(utama) atau thomaslim1985@hotmail.com(alternatif)

Pihak BSMM Cabang UKM mengcapkan Selamat Maju Jaya

Selasa, 18 Ogos 2009

Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Selangor



YAM Tengku Zatashah binti DYMM Sultan Sharafuddin Idis Shah telah dilantik sebagai Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Selangor

Isnin, 17 Ogos 2009

Sejarah Undang-undang Kemanusian Antarabangsa BSMM Cabang UKM


Amy Poh Ai Ling's Photos - SPPK UUKA (IHL Seminar)


Jawatankuasa UUKA BSMM Cabang UKM (BSMMCUKM)ditubuhkan pada tahun 2008. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa(UUKA) ataupun Bahasa Inggerisnya International Humanitarian Law (IHL) adalah bertujuan untuk melindungi individu, termasuk orang awam dan mereka yang tidak terlibat atau tidak lagi terlibat dalam konflik bersenjata.

UUKA yang melindungi manusia daripada akibat peperangan adalah penting bagi kita semua. Namun demikian, undang-undang ini tidak diketahui ramai seperti bilakah ianya boleh digunakan dan apakah langkah-langkah perlindungan yang boleh diberikan. Memahami UUKA merupakan langkah pertama ke arah memastikan undang-undang ini dihormati oleh mereka yang terlibat dalam konflik. Berasas matlamat ingin memperkenalkan UUKA kepada ahli BSMMCUKM, maka terlahirlah idea untuk menjalankan program ini.

Seminar UUKA dianjurkan pertama kali oleh BSMMCUKM pada 16 Ogos 2009 di Kampus Induk UKM adalah bertujuan untuk memperkenal dan menjadikan kandungan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa difahami oleh semua ahli BSMMCUKM selain mengetahui Sejarah dan Pendidikan Bulan Sabit Merah sedunia, kursusnya di Malaysia.

Piala Pusingan Cik Amy Poh Ai Ling untuk Kuiz UUKA Inter-Detachment diperkenalkan pada tahun ini yang telah disumbangkan oleh Penyelaras UUKA BSMMCUKM untuk memupuk semangat kerjasama serta kekitaan antara detachment dalam aturcara Kuiz yang telah diadakan.

Penghargaan dan terima kasih kepada Cik Amy Poh Ai Ling yang telah menyumbangkan piala tersebut.

Ucapan Tahniah Kepada AJK UUKA BSMMCUKM





Gan Meng Choo's Photos - UUKA 2009/2010

Jawatankuasa Tertinggi mengucapkan tahniah kepada seluruh AJK Seminar Undang-Undang Kemanusiaa Antarabagsa (UUKA) yang telah berjaya menganjurkan seminar tersebut pada 16 Ogos 2009 di Dewan Kuliah 43.102, KTAMS.

Penghargaan juga ditujukan kepada pihak IPK dan BSMM Cawangan Selangor yang banyak membantu menjayakan seminar tersebut.

Khamis, 13 Ogos 2009

Ucapan Tahniah


Foto dari Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM (BSMMCUKM) mengucapkan tahniah kepada mantan Ahli BSMM Cabang UKM yang akan menerima ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Ke-37 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya

Isnin, 10 Ogos 2009

Anugerah Pekerja Inovatif


Foto dari Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM

Penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan UKM yang telah menganugerahkan kepada saya Anugerah Pekerja Inovatif (Kategori Pengurusan dan Profesional-Individu) sempena Anugerah Khas Kualiti UKM Tahun 2009 yang telah diadakan pada 7 Ogos 2009 di Hotel Equatorial Bangi.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam pencalonan anugerah tersebut.

Ahad, 9 Ogos 2009

Senarai Mantan Pegawai Penjaga BSMM Cabang UKM

Pihak BSMM Cabang UKM sedang mengumpul maklumat dan biodata Pegawai Penjaga (OCVAD) dan mohon kerjasama saudara/i mengemukakan Biodata(CV)kepada saya zmd@ukm.my untuk diterbitkan dalam Majalah BSMM.

Sesi Nama Pegawai Penjaga

1998/1999 – Jamhari Shari
2000/2001 – Radiatul Fitri Dollah
2001/2002 – Ang Hean Kuan
2002/2003 – Queennie Lim Suan Imm
2003/2004 – Mohd Hilman Roslan
2004/2005 – Mohd Hilman Roslan
2005/2006 – Amy Poh Ai Ling
2006/2007 – Lim Keng Boon (Pemangku)
2007/2008 – Lee Chee Yeng
2008/2009 – Lim Tau Wei
2009/2010 - Lim Peng Lun


Terima kasih di atas kerjasama saudara/i.

Jumaat, 7 Ogos 2009

SISTEM MAKLUMAT ALUMNI (SMA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



Ahli BSMM Cabang UKM yang telah menamatkan pengajian di UKM diminta mendaftar dalam SMA UKM. Kerjasama saudara/i amat dihargai.

Ucapan Penghargaan & Terima Kasih



Jawatankuasa Tertinggi BSMM Cabang UKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang terlibat dalam menjayakan Minggu Menderma Darahyang telah diadakan dengan jayanya pada 3-6 Ogos 2009 anjuran Detachment 88E.

Rabu, 5 Ogos 2009

Pameran "Merokok"

Dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan UKM, akan menganjurkan Pameran 'Merokok' seperti berikut:

Tarikh: 1- 31 Ogos 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Ruang Legar, Pusat Kesihatan,UKM, Bangi

Semua Ahli BSMM Cabang UKM dijemput hadir.

Isnin, 3 Ogos 2009

Ucapan Tahniah


Ucapan tahniah kepada BSMM Detachment E yang telah berjaya menganjurkan Kursus Pertolongan Cemas Asas (KPCA) yang bertemakan "Basic Is Knowledge" dan majlis penutup telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Ogos 2008 jam 8.30 malam dan dirasmikan oleh Pengetua KIY.

Syabahs dan tahniah kepada AJK dan semua yang terlibat menjayakan kursus tersebut.