Jumaat, 31 Julai 2009

Larian Kemanusiaan 2009


Ahli-ahli yang berminat dikehendaki memakai pakaian larian yang kreatif dan berkumpul di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur sebelum jam 7.00 pagi. Bayaran Pendaftaran sebanyak RM 10.00 perlu dijelaskan di kaunter pendaftaran sebelum larian bermula.

http://redcrescent.org.my/drupal/

MRC Youth on HIV/AIDS

We are pleased to announce that there will be an event coming up for MRC Youth on HIV / AIDS. Details as per below :

Event : MRC Youth on HIV / AIDS
Date : 14th ~ 16th August, 2009
Venue : Genting Highlands
Transport : Gather in IPK on 14th at 8am morning (IPK Transport)
Participant : 2 members from each Chapter
Fee : Free

For those who are interested in participating in this event, please feel free to contact the undersigned at any time.

Sincerely,
Amy Poh
MRC Chapter UKM
012-4193038

Khamis, 30 Julai 2009

PROGRAM PEMANTAPAN ILMU PERTOLONGAN CEMAS

BSMM Detachment 88H Kolej Keris Mas akan mengadakan program tersebut pada 9 Ogos 2009di Dewan Besar Kolej Keris Mas dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) KKM bertemakan "First Aiders, Hopes For All".

Sebarang pertanyaan sila hubungi,
Tan Shuk Ling
Ketua Pengarah

h.p 017-3291218

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BSMM INDUK CABANG UKM BAGI KALI KE-3 SESI AKADEMIK 2009/2010

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa BSMM bagi kali pertama Sesi Akademik 2009/2010 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 04 Ogos 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan
Pakaian : Uniform No.9

Semua AJK Induk dan Komantan Detachment dijemput menghadiri mesyuarat ini.

“Berkhidmat Demi Kemanusian”

Tan Shu Zhen
Setiausaha
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi Akademik 2009/2010

Ucapan Tahniah


Tahniah diucapkan kepada BSMM Detachment 88E BSMM Cabang UKM yang telah mengadakan kursus tersebut pada 9 Julai 2009 di Pusat Kemudahan, Kolej Ibrahim Yaakob.

Syabas dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat.

Rabu, 29 Julai 2009

Pengurusan Jangkitan Influenza A (H1N1) di UKM

Pengurusan Jangkitan Influenza A (H1N1) di UKM Memasuki Fasa Mitigasi (Peredaan)Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Golongan berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1):
1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
3. Kanak-kanak dan remaja (<18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
4. Wanita mengandung
5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovaskular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuskular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
6. Dewasa dan kanak-kanak yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan lain

Kaedah menangani jangkitan:
1. Tenangkan diri dan jangan panik
2. Jaga kebersihan diri, kurangkan hubungan sosial yang tidak perlu
3. Pergi ke Pusat Kesihatan terdekat jika mempunyai simtom berikut:

A. Gangguan pernafasan: susah bernafas, kelihatan nafas laju@kebiruan@ungu di bibir mulut
B. Batuk berdarah@ kahak bercampur darah
C. Sakit dada
D. Cirit-birit dan /@ muntah
E. Demam lebih 3 Hari@ berulang selepas 3 Hari
F. Berkelakuan ganjil, dalam keadaan keliru, sawan
G. Pening kepala apabila sedang berdiri dan/@ kurang kencing

4. Sekiranya anda sakit/demam, anda dinasihatkan tidak bergaul dengan orang lain dan ikut nasihat doktor.

Untuk maklumat lanjut layari http://h1n1.moh.gov.my/FaktaH1N1.php

PANDUAN ANGGARAN PERBELANJAAN 2010 BSMM CAWANGAN SELANGOR


Khamis, 23 Julai 2009

Bengkel Asas Pertolongan Cemas


Tahniah diucapkan kepada BSMM Detachment 88H BSMM Cabang UKM yang telah mengadakan bengkel tersebut pada 26 Julai 2009 di Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas.

Syabas dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat.

Selasa, 21 Julai 2009

PENGUMUMAN PERTUKARAN BILIK KULIAH KURSUS HP1113 ASAS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA I

Dengan hormatnya dimaklumkan kuliah HP1113 akan diadakan seperti biasa jam 8.00 pagi setiap hari Sabtu di Dewan Kuliah 4 FEP.

Pertukaran bilik baru sahaja dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) dan mohon maaf di atas sebarang kesulitan.

Isnin, 20 Julai 2009

Mini Pertandingan Pertolongan Cemas

BSMM Detachment 88F Kolej Rahim Kajai akan menganjurkan program seperti berikut :

Program : Mini Pertandingan Pertolongan Cemas
Tarikh : 8-9 Ogos 2009
Tempat : Foyer Kolej Rahim Kajai

Sebarang maklumat lanjut, penerangan dan pertanyaan sila hubungi saudari Beh Soo Khee, Ketua Pengarah Program Mini PPC, Sesi 2009/2010 di talian 0164579388.

Jumaat, 17 Julai 2009

MESYUARAT PEGAWAI PENJAGA PBS DAN KOMANDAN PASUKAN KALI KE 3

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat BSMM IPK

Pegawai Penjaga dan semua Komandan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Agenda :
Aluan pengerusi
Ucapan Pengarah
Persidangan PBS 2009
Buku Log PBS
Hari Anugerah Sukarelawan 2009
Hal-hal Lain

Sebarang pertanyaan sila hubungi

Encik N. Murugan
Setiausaah Kehormat

Tel : 442579221
e-mel : selangor@redcresent.org.my

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR UKM


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung dengan

Cik Mursidah Mukhtar
e-mel : jarum.merah@yahoo.com

Khamis, 16 Julai 2009

PROGRAM MELAWAT KE RUMAH ANAK YATIM

BSMM Detachment 88B Kolej Aminuddin Baki akan mengadakan program tersebut pada 2 ogos 2009 di Rumah Keluarga Kami, Kajang yang bertemakan "Kebajikan Masyarakat Tanggungjawab Kita".

Ahli BSMM Cabang UKM yang sudi menghulur sumbangan dan bantuan sila berhubung dengan Ketua Pengarah Projek. Maklumat lanjut mengenai Rumah keluarga Kami boleh dicapai melalui http://www.ssvprkk.org/index.htm.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan

Ketua Pengarah : Kong Li Yun
H/P : 017-6912315

Rabu, 15 Julai 2009

HARI KELUARGA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

Program Hari Keluarga akan diadakan pada 17 Oktober 2009 (Sabtu) di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan yang bertemakan “Satu Keluarga, Satu Hati”.

Sebarang maklumat lanjut, penerangan dan pertanyaan, sila hubungi:

Ketua Pengarah : Tan Shu Zhen
Tel : 017-3842568
Email : tsz312.su@gmail.com

Ahad, 12 Julai 2009

Aktiviti BSMM Cabang UKM 2008

Klip video aktiviti BSMM Cabang UKM Tahun 2008. Klip video disediakan oleh Penyelaras Perhubungan& Komunikasi BSMM cabang UKM.

PENDAFTARAN KURSUS HHHP113 DAN HHHG 2011

Maklumat untuk mendaftar kursus adalah seperti berikut :

Pendaftaran Kursus dan Gugur/Tambah Kursus mulai 6 hingga 19 Julai 2009 dan Gugur Kursus mulai 20 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009.

Pelajar diminta mengesahkan pendaftaran kursus HHHP1113 dan HHHG2011 mulai 3 Ogos hingga 30 Ogos 2009. Sila pastikan kod dan set kursus.

Pendaftaran, tambah kursus, gugugr kursus dan pengesahan pendaftaran kursus boleh dibuat di semua komputer yang mempunyai capaian internet.

Selasa, 7 Julai 2009

PERTANDINGAN FOTOGRAFI UNTUK AHLI-AHLI PASUKAN BANTUAN SUKARELA

Ibu Pejabat Kebangsaan menganjurkan Pertandingan Fotografi untuk ahli-ahli PBS dan semua fotografi perlu sampai di Pejabat Cawangan Selangor sebelum 25 Julai 2009.

Tema : Nilai-nila murni kemanusiaan atau prinsip-prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

Peraturan Pertandingan :

Peserta dikehendaki menghantar sekeping gambar berukuran 6R (6 x 8cm). Gambar hendahlah dihantar negative filemnya bagi SLR Camera dan soft copy digital file bagi Digital Camera kepada Cawangan Selangor.

PBSMM Cawangan Selangor
JKR 34 Jalan Nipah Off Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42579221
Fax : 42572514
e-mel : selangor@redcrescent.org.my

Isnin, 6 Julai 2009

PERBARISAN TAHUNAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM



Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 26 Julai 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Gemilang UKM
Perasmi : Pengerusi BSMM Cabang UKM

Semua ahli dijemput menyaksikan acara tersebut.

Pendaftaran Ahli Baru BSMM Cabang UKM



Pihak BSMM Cabang UKM mengalu-alukan penyertaan pelajar baru sebagai ahli BSMM Cabang UKM.

Yuran Pendaftaran seperti berikut :

a. Keahlian (RM 2.00 x 5 tahun) - RM 10.00
b. Kad ahli bermutu tinggi - RM 5.00

Borang pendaftaran boleh di dapati di Bilik Gerakan BSMM di Kolej masing-masing.

Ucapan Penghargaan & Terima Kasih



Pengurusan Tertinggi BSMM Cabang UKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli yang telah bertugas dan memberi khidmat sukarela semasa Minggu Mesra Pelajar Sesi Akademik 2009/2010.

Jumaat, 3 Julai 2009

Tahniah


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah Universiti kedua terbaik di Malaysia dan ke-5 di Asia Tenggara setelah disenaraikan sebagai Universiti ke-51 terbaik Asia oleh Times Higher Education-QS Quacquarelli Symonds Ltd pada 11 Mei 2009.

Tahniah diucapkan kepada pengurusan tertinggi UKM.

Run For Humanity 2009


http://redcrescent.org.my/files/Run4HumanityEntryForm.pdf

Ahli BSMM Cabang UKM yang berminat untuk menjadi sukarelawan dimita menghubungi :

Encik Nasir Khan
Pengarah Pengurusan Bencana IPK
National Headquarters,
No 32 Jalan Nipah off Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur
Malaysia

Disaster Management Centre | +6 03 - 4260 3242
atau
Tel : +6 03 - 4257 8122
Fax : +6 03 - 4253 3191
Email : secgen@redcrescent.org.my

Khamis, 2 Julai 2009

Buku Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Author: Hazira Hamsah A., Amzan Abd. Malek
Binding: Softcover, 244 pages
Publisher: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 9833585914
Price: RM18.00

Rabu, 1 Julai 2009

Minggu Menderma Darah Sesi 2009/2010



Help Who Need Blood, Maybe Your Blood Can Save One Life.

Email: mypetsuli@hotmail.com

Kursus HHHP1113 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA I

Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai ilmu pertolongan cemas. Pertolongan cemas merupakan satu kemahiran yang berasaskan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Kursus ini juga mengandungi latihan mengendalikan dan merawat mangsa, pencegahan kemalangan dan rawatan pemulihan pernafasan.

Nama Pensyarah : Encik Zanudin Mohd Daud, Jurulatih Kanan (JLK 0057) BSMM
Set Kursus : Set 2 (Bangi)
Tempat : Dewan Kuliah 3 Fakulti Ekonomi & Perniagaan
Masa : 8.00 - 11.00 pagi

Kursus HHHG2011 Kursus Lanjutan Bulan Sabit Merah Malaysia I

Kursus ini merupakan kursus lanjutan dari mana-mana program yang ditawarkan oleh Pusat Perkembangan Pelajar (Bahagian Kokurikulum) sama ada kesenian, Khidmat Masyarakat, Badan Beruniform atau Sukan. Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi semua Kemahiran Generik (KG) seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan melalui penglibatan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM.

Nama Pensyarah : Encik Zanudin Mohd Daud, Jurulatih Kanan (JLK 0057) BSMM
Set Kursus : Set 1 (Bangi)
Tempat : Dewan Kuliah 3F-301 FSSK
Masa : 11.00 - 12.00 tgh